Friday 6 April 2018

Kursus Spa The Walking Beauty 2018

Assalamualaikum πŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘Έ

πŸš—breet breet!πŸš— Salam Jumaat semua. Pagi di penghulu hari yang sangat mulia, jadi hari ini haruslah sentiasa kekal positif dan bertenaga 😍😍 Bella rasa lebih indah hari ini bila dapat berkongsi cerita dengan semua tentang diri Bella yang telah berjaya bangunkan bisnes mobile spa Bella dengan nama "My Bella Serenity Spa" bersama team The Walking Beauty 😊😊


              

Bella mula mendapat minat untuk menjalankan bisnes mobile spa ni bila Bella sendiri merasa menjadi customer untuk mobile spa yang banyak ditawarkan di luar sana. Bila melihat diorang menjalankan mobile spa dalam keadaan yang happy go lucky, no strings attached, dapat instant cash macam petik jari je, lebih-lebih lagi demand untuk mobile spa tu memang mencanang-canang tingginya, Bella rasa yakin untuk mencuba dalam bisnes spa ini. 

Bella mula mencari kursus spa yang berpatutan dan sesuai dengan keadaan Bella yang bekerja full time dan hanya ada masa untuk datang kursus pada waktu cuti sahaja. Godek punya godek, belek punya belek kat Encik Google, Bella ternampak beberapa blog tentang kursus spa termurah dan kursus spa bersijil. Dan akhirnya Bella sangat berkenan dengan intipati blog salah seorang ahli team TWB dan merasa terpanggil untuk sertai team The Walking Beauty. Bella terus text pada founder, Master Ainul Shahrazad dan pada 1 Disember 2017, bermulalah journey Bella mendalami ilmu spa dengan penuh keyakinan dan semangat untuk membuka bisnes spa sendiri.

Welcome to the team, sis Nabilah 😊
Bella tak sangka, dalam masa satu hari saje (1 Disember 2017; 10.30 pagi - 2.30 petang) Bella dapat successfully tamatkan kursus spa. Dalam masa satu hari tu, Bella dah pun dapat ilmu baru dan ilmu yang dapat membantu ramai orang yang perlukan khidmat spa. Modal kursus spa Bella waktu itu adalah RM999, dan Bella dah boleh dapat ilmu rawatan muka (facial), ilmu rawatan badan (body scrub), ilmu rawatan tangan (hand spa), ilmu rawatan kaki (foot spa), ilmu untuk setup bisnes spa sendiri dan jugak ilmu untuk buat marketing dalam bisnes Bella ni. Bukan itu sahaja, bersama team TWB, Bella juga dapat ilmu untuk jana income dari penjuru selain mobile spa yang Bella jalankan 😍

Barang-barang spa pun dapat tau πŸ˜‰
Untung sangat Bella join The Walking Beauty. Sebabnya, dengan modal yang Bella dah keluarkan, Bella tak perlu susah payah lagi nak fikir untuk gunakan produk apa bila nak servis muka customers nanti. Semuanya dah termasuk dalam modal yang diberikan. Ada produk, ada barang-barang spa seperti headband dan mangkuk masker, siap ada manual lagi untuk permulaan jalankan servis. Takdela nanti balik kursus melanguk depan customer sebab tak ingat steps πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi sebenarnya selepas kursus, mentor akan bagi task untuk kita servis 5 orang sebagai praktikal kita. Masa tu, boleh tengok manual. Bila dah selalu buat nanti, sure akan confident dan tak risau lagi.

Lebih untung bagi ahli-ahli TWB yang baru di tahun 2018 ni, sebab diorang dapat Youth skincare dalam kursus diorang! Seronok berbisnes, seronok juga dapat Youth. Agak jealous jugakla, tapi tetap bagi semangat dan sokongan padu untuk newbies TWB. Ilmu yang bermanfaat ini harus kita kongsi bersama agar kita sebagai wanita dapat bangkit untuk buktikan pada masyarakat yang wanita tidak kira suri rumah mahupun professional yang berkerjaya mampu berdikari untuk mendapatkan income sendiri, dengan usaha dan titik peluh mereka sendiri. The Walking Beauty, Beauty With Brain πŸ€—πŸ€—

Sunday 1 April 2018

Saat Magika Bersama TWB

Assalamualaikum.




Salam perkenalan dan salam ukhwah buat semua pembaca blog ini. Entry "Saat Magika Bersama TWB" ini adalah entry pertama untuk blog My Bella Serenity. Entry ini berjaya terhasil atas galakan mentor saya di dalam 'The Walking Beauty' (TWB), Master Ainul Shahrazad. Terima kasih kerana membuka platform kepada saya dan rakan-rakan TWB dalam dunia spa bergerak dan spa di rumah, serta berusaha bersungguh-sungguh untuk melihat kami sentiasa maju dan berjaya dalam bisnes kami. Kak Ainul, your aura brings other women to success πŸ’–πŸ’–

KENAL SENANG SEBELUM SUSAH
Perjalanan kehidupan saya bukanlah bermula dengan cara yang sukar. Dahulunya kehidupan saya boleh dikatakan serba mencukupi dari segi makan, pakai, tempat tinggal yang selesa, serta dikelilingi oleh ahli keluarga yang ramai. Senang cakap hidup saya sentiasa meriah dan saya tidak pernah merasa susah kerana sentiasa ada kewangan yang stabil. Saya dan suami mempunyai sepasang anak yang bijak dan comel. Pergi mana-mana mesti ada yang geram dengan anak-anak kami. Anak-anak selalu dapat permainan yang mahal dan baju yang cantik. Dalam keadaan saya yang ada pekerjaan yang stabil, dapat merasa membeli baju-baju dan tudung-tudung di butik, beli kasut yang ratusan ringgit, dapat makan yang sedap-sedap di kedai makanan yang mahal pada pertengahan bulan, dapat merasa bonus 3 bulan gaji dan belanja keluarga bercuti, saya tidak pernah terfikir untuk mencari kerja sampingan. Saya jarang meminta duit daripada suami kerana sudah mempunyai pendapatan sendiri. Semuanya indah dan tiada langsung kerumitan. Sehinggalah pada satu ketika Allah datangkan ujian buat saya dan suami saya.

UJIAN ALLAH YANG PENUH HIKMAH
Satu keadaan yang tidak disangka telah berlaku di dalam keluarga saya. Perkara itu amat pahit dan telah memberi terlalu banyak tekanan terutama pada sang suami tercinta. Tempiasnya juga terkena pada saya, tapi benarlah, tidak Allah datangkan ujian kepada setiap hamba-hambaNya melebihi kemampuan hamba-hambaNya untuk melalui ujian tersebut. Pada mulanya, agak sukar untuk saya menerima keadaan hidup yang bukan lagi seperti dahulu. Saya mula hidup dalam keadaan berhati-hati dan berbelanja ala kadar mengikut keperluan. Saya mula menabung duit kertas RM5 dan lebih memilih dalam setiap perbelanjaan. Kesulitan yang saya dan suami alami terkadang memberi tekanan dalam diri kami, tapi kami cuba untuk mengawalnya di depan anak-anak. Kami sedar kami mesti bertindak untuk dapatkan semula keadilan, dan menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

MULA MENCARI PELUANG
Dengan kerumitan yang dialami, saya mula mencari peluang untuk kembali mengukuhkan kewangan keluarga. Saya mula mencari perkara-perkara yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Allah mendengar setiap keluhan hamba-hambaNya. Jadi, saya tidak merungut panjang dan tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Bermulalah perjalanan saya mencari side income. Dari menjalankan freelance accounts bersama bos di tempat kerja lama, menjadi tutor dari rumah ke rumah, menjalankan perniagaan runcit buku. Sehinggalah saya merasa minat untuk menjalankan bisnes mobile spa. Ini kerana saya sendiri dahulunya selalu menggunakan khidmat mobile spa yang ditawarkan di pasaran luar. Melihat potensi pada bisnes ini, saya dapat rasakan peluang yang luas untuk saya meneroka bisnes ini. Jadi saya mula mencari kursus spa yang berbaloi untuk saya belajar. Dari sini timbul saat magika saya bersama TWB 😍😍

BISNES SPA YANG TAK DIJANGKA
Magika lebih tercipta bila saya masih mendapat sokongan dan bantuan ilmu spa dari rakan-rakan spa lain di TWB. Ini kerana setelah selesai training, Kak Ainul masih membimbing saya di dalam group Mobile Spa TWB dan rakan-rakan lain juga saling menyokong dalam persaingan bisnes spa ini. Pendek kata, saya mendapat persaingan yang sihat dan tiada unsur hasad dengki dalam bisnes spa TWB. Malah, silatur rahim antara kami semakin kuat dengan adanya ucapan tahniah dan sokongan padu antara satu sama lain. Saya masih lagi fasa merangkak dalam bisnes ini, tapi dengan sokongan Kak Ainul dan rakan-rakan TWB, semangat saya lebih kental untuk terus bergerak ke hadapan dan mencapai kejayaan dalam membina nama atas My Bella Serenity Spa πŸ€—πŸ˜˜

Inilah Saat Magika Saya Bersama TWB.. Saya ingin mencapai lebih lagi dalam bisnes spa ini dan banyak lagi ilmu spa yang akan saya belajar selepas ini. Kejayaan saya dalam My Bella Serenity Spa ini adalah bukti saya kepada anak-anak saya bahawa ibu mereka seorang yang hebat dan sentiasa memberi yang terbaik untuk mereka. Love you both darlings.. ❤πŸ‘«❤

Kursus Spa The Walking Beauty 2018

Assalamualaikum πŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘Έ πŸš—breet breet!πŸš— Salam Jumaat semua. Pagi di penghulu hari yang sangat mulia, jadi hari ini haruslah sentiasa ke...