Friday 6 April 2018

Kursus Spa The Walking Beauty 2018

Assalamualaikum πŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘Έ

πŸš—breet breet!πŸš— Salam Jumaat semua. Pagi di penghulu hari yang sangat mulia, jadi hari ini haruslah sentiasa kekal positif dan bertenaga 😍😍 Bella rasa lebih indah hari ini bila dapat berkongsi cerita dengan semua tentang diri Bella yang telah berjaya bangunkan bisnes mobile spa Bella dengan nama "My Bella Serenity Spa" bersama team The Walking Beauty 😊😊


              

Bella mula mendapat minat untuk menjalankan bisnes mobile spa ni bila Bella sendiri merasa menjadi customer untuk mobile spa yang banyak ditawarkan di luar sana. Bila melihat diorang menjalankan mobile spa dalam keadaan yang happy go lucky, no strings attached, dapat instant cash macam petik jari je, lebih-lebih lagi demand untuk mobile spa tu memang mencanang-canang tingginya, Bella rasa yakin untuk mencuba dalam bisnes spa ini. 

Bella mula mencari kursus spa yang berpatutan dan sesuai dengan keadaan Bella yang bekerja full time dan hanya ada masa untuk datang kursus pada waktu cuti sahaja. Godek punya godek, belek punya belek kat Encik Google, Bella ternampak beberapa blog tentang kursus spa termurah dan kursus spa bersijil. Dan akhirnya Bella sangat berkenan dengan intipati blog salah seorang ahli team TWB dan merasa terpanggil untuk sertai team The Walking Beauty. Bella terus text pada founder, Master Ainul Shahrazad dan pada 1 Disember 2017, bermulalah journey Bella mendalami ilmu spa dengan penuh keyakinan dan semangat untuk membuka bisnes spa sendiri.

Welcome to the team, sis Nabilah 😊
Bella tak sangka, dalam masa satu hari saje (1 Disember 2017; 10.30 pagi - 2.30 petang) Bella dapat successfully tamatkan kursus spa. Dalam masa satu hari tu, Bella dah pun dapat ilmu baru dan ilmu yang dapat membantu ramai orang yang perlukan khidmat spa. Modal kursus spa Bella waktu itu adalah RM999, dan Bella dah boleh dapat ilmu rawatan muka (facial), ilmu rawatan badan (body scrub), ilmu rawatan tangan (hand spa), ilmu rawatan kaki (foot spa), ilmu untuk setup bisnes spa sendiri dan jugak ilmu untuk buat marketing dalam bisnes Bella ni. Bukan itu sahaja, bersama team TWB, Bella juga dapat ilmu untuk jana income dari penjuru selain mobile spa yang Bella jalankan 😍

Barang-barang spa pun dapat tau πŸ˜‰
Untung sangat Bella join The Walking Beauty. Sebabnya, dengan modal yang Bella dah keluarkan, Bella tak perlu susah payah lagi nak fikir untuk gunakan produk apa bila nak servis muka customers nanti. Semuanya dah termasuk dalam modal yang diberikan. Ada produk, ada barang-barang spa seperti headband dan mangkuk masker, siap ada manual lagi untuk permulaan jalankan servis. Takdela nanti balik kursus melanguk depan customer sebab tak ingat steps πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi sebenarnya selepas kursus, mentor akan bagi task untuk kita servis 5 orang sebagai praktikal kita. Masa tu, boleh tengok manual. Bila dah selalu buat nanti, sure akan confident dan tak risau lagi.

Lebih untung bagi ahli-ahli TWB yang baru di tahun 2018 ni, sebab diorang dapat Youth skincare dalam kursus diorang! Seronok berbisnes, seronok juga dapat Youth. Agak jealous jugakla, tapi tetap bagi semangat dan sokongan padu untuk newbies TWB. Ilmu yang bermanfaat ini harus kita kongsi bersama agar kita sebagai wanita dapat bangkit untuk buktikan pada masyarakat yang wanita tidak kira suri rumah mahupun professional yang berkerjaya mampu berdikari untuk mendapatkan income sendiri, dengan usaha dan titik peluh mereka sendiri. The Walking Beauty, Beauty With Brain πŸ€—πŸ€—

No comments:

Post a Comment

Kursus Spa The Walking Beauty 2018

Assalamualaikum πŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘Έ πŸš—breet breet!πŸš— Salam Jumaat semua. Pagi di penghulu hari yang sangat mulia, jadi hari ini haruslah sentiasa ke...